05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:09
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

        

 PESERTA QARI, QARIAH DAN HUFFAZ WAKIL WILAYAH PERSEKUTUAN

JALANI LATIHAN INTENSIF

07 FEBRUARI 2020M | 13 JAMADIL AKHIR 1441H (JUMAAT) - Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI melalui Cawangan Pentadbiran dan Keurusetiaan (CPK) telah mengadakan Bengkel Intensif Qari, Qariah dan Huffaz Wakil Wilayah Persekutuan Ke Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H /2020M pada 4-6 Februari 2020 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran peserta Qari, Qariah dan Huffaz yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat Kebangsaan.

 

Kursus selama tiga hari itu menampilkan beberapa penceramah dan pembimbing yang tidak asing lagi dalam bidang Al-Quran antaranya Tuan Hj Anuar bin Ghazali, Tuan Haji Abdul Bari bin Abdullah, Tuan Haji Zaki bin Abd Rahman dan Tuan Haji Mohammad Rozie bin Rejab. Kursus itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Puan Siti Razmah binti Idris. Para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan kekal fokus sepanjang kursus dijalankan.

 

  

 

Pada 07 Februari 2020, Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail telah meluangkan masa beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada barisan peserta Qari, Qariah dan Huffaz yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M yang akan berlangsung pada 13 hingga 22 Februari 2020 di Kota Kinabalu, Sabah. 

 

Dalam ucapan amanat tersebut, beliau menekankan selain usaha dan latihan yang berterusan, restu dan redha ibubapa serta para guru juga harus diambil berat oleh para peserta. Peserta juga diingatkan supaya menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang berada di Kota Kinabalu nanti. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Operasi (TPO) JAWI, Tuan Haji Munir bin Haji Md. Salleh.

 

Selain itu, YBrs Pengarah JAWI turut menyampaikan cenderamata berupa baju kontinjen Wilayah Persekutuan kepada para peserta. Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan yang cemerlang kepada para peserta yang mewakili Wilayah Persekutuan. Semoga Wilayah Persekutuan memperoleh kejayaan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti. Insya-Allah.

 

  

 

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com