06:07
Imsak
06:17
Subuh
07:26
Syuruk
13:29
Zohor
16:50
Asar
19:27
Maghrib
20:39
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

Slide1

18 DISEMBER 2019M I 21 RABIULAKHIR 1441H (RABU) - Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI telah mengadakan Majlis Taklimat Pemahaman Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 bertempat di Dewan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut disertai oleh Penyelaras-Penyelaras Zon, Ketua-Ketua Imam dan Penolong Ketua Imam dari seluruh Wilayah Persekutuan. Majlis ini diadakan bertujuan mendedahkan peserta kepada kaedah-kaedah baru mengenai tatacara pelantikan anggota jawatankuasa kariah iaitu Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Ramzi bin Osman, Penasihat Undang-Undang Jakim.

Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa'ari Bin Mohamed Nor, Pengerusi Masjid At-Taqwa dan Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid.

     

Slide2 Slide3  
Slide4 Slide5  
     

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com