06:07
Imsak
06:17
Subuh
07:26
Syuruk
13:29
Zohor
16:50
Asar
19:27
Maghrib
20:39
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

MRK1

9 November 2019 I 12 Rabiulawal 1441H (Sabtu) - Kontinjen JAWI telah dinobatkan sebagai Naib Johan, Kategori Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1441H di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 bertemakan 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera'.


Majlis itu turut dihadiri YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri beserta pasangan, YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 8,000 peserta daripada 101 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform dan penuntut institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah menyertai perarakan yang bermula 7.45 pagi.         

MRK2 MRK3  
MRK4 MRK5  
MRK6 MRK7  

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com