05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:08
Syuruk
13:09
Zohor
16:32
Asar
19:07
Maghrib
20:21
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

MWOD1

2 November 2019 I 5 Rabiulawal 1441H (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pelbagai rakan strategik telah mengadakan Masjid Wilayah Open Day "Rahmah 4 All"  pada 2 November 2019 (Sabtu), jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 
 
Pelbagai acara menarik telah disediakan sepanjang program ini berlangsung sesuai untuk segenap lapisan masyarakat di Malaysia seperti Jom Fit Tai Chi, Lawatan Masjid, Peace Walk & Peace Talk bersama YB Menteri, Pertandingan Fotografi MWPKL, Pertandingan Khat & Kaligrafi Cina, Traditional Malay Wedding Corner, Memanah Tradisional, Zon kanak-Kanak, Pameran Kegunaan dan Keselamatan Dron.

 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan turut diserikan dengan pertunjukan seni bela diri Melayu, Cina dan India diiringi paluan kompang.

Selain itu, aktiviti pameran daripada pelbagai agensi dan gerai jualan turut diadakan sepanjang program ini dilaksanakan. Gerai pameran berkenaan adalah Hijab Corner / Inai, Khat, Halal Food, Photo booth, Falak / Astronomi (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ), Q & A Islamic, MACMA, PERMIM, Yayasan Restu/ Nasyrul Quran, Masjid Tour Program – Pendaftaran lawatan, YaPIEIM, JPJ, Akupuntur, Pemeriksaan kesihatan (PICOMS), Kaligrafi Cina, PDRM, DBKL, Restoran Muhammad Chan, JANM (semakan Wang Tak Dituntut) dan pelbagai lagi.

Diharapkan para pengunjung dapat menghayati mesej Islam sebagai agama rahmah untuk semua melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti yang diadakan seterusnya menyebarkan mesej Islam sebagai agama yang aman, damai dan harmoni kepada semua masyarakat yang lain.

MWOD2 MWOD3 MWOD4  
MWOD5 MWOD6 MWOD7  
MWOD8 MWOD9 MWOD10  
MWOD11 MWOD12 MWOD13  
MWOD14 MWOD15 MWOD16  
MWOD17 MWOD18 MWOD19  

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com