05:30
Imsak
05:40
Subuh
06:57
Syuruk
13:00
Zohor
16:22
Asar
18:58
Maghrib
20:11
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

IMG 20190922 WA0053

22 September 2019 (Ahad) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI dengan kerjasama Surau al-Hikmah PPR Beringin, Jinjang Utara, Kepong telah menganjurkan  Seminar Kemahiran Keibubapaan bagi tahun 2019. Program ini telah diadakan di Surau Al-Hikmah PPR Beringin dengan kehadiran seramai 90 orang dari penduduk PPR Beringin dan kawasan sekitarnya.

Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan dalam memantapkan institusi keluarga ke arah kesejahteraan bagi membentuk keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Selain itu, program ini diharapkan dapat memberi pendedahan ilmu dari sudut perundangan yang berkait dengan hak dan kedudukan bagi anak tak sah taraf, anak angkat dan anak susuan.

Pengisian program ini berbentuk slot ceramah dan telah diisi oleh Ustaz Muhd Redza bin Ahmad; Penolong Pengarah Kanan, merangkap Imam Masjid Wilayah Persekutuan, dan Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud; Pendakwa Syarie di Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Majlis Perasmian Penutup bagi seminar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah Binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Turut hadir, En Shahmiruddin bin Idris; Pengerusi Masjid Abu Hurairah dan Encik Mohd Zaidi bin Yusoff; Pengerusi Surau al-Hikmah, PPR Beringin.

ppr2 ppr3
ppr4 ppr5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com