05:30
Imsak
05:40
Subuh
06:57
Syuruk
13:00
Zohor
16:22
Asar
18:58
Maghrib
20:11
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

1a9


5 September 2019 - JAWI yang diwakili oleh Pengarahnya, Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail telah terlibat menyertai misi bantuan kemanusiaan Palu fasa kedua bermula 5 September 2019 yang lalu. Selain JAWI, beberapa agensi agama di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) seperti YaPIEM, MAIWP, Tabung Haji, dan lain-lain turut terlibat secara aktif di dalam inisiatif ini.
Misi berkenaan telah menyaksikan Majlis Perletakan Batu Pertama (di Malaysia dikenali sebagai Batu Asas) Masjid Al -Muhajirin, Perumahan Teluk Palu Permai; Masjid An Nur, Padanjakaya, Palu yang akan dibangunkan dengan kos RM 250,000.00; Masjid Babul Khairat, Balaroa, Palu Barat serta pojek pembangunan semula Masjid Baitul Rahman yang rosak teruk dilanda tsunami. Semua inisiatif ini dilaksanakan melalui hasil sumbangan daripada masyarakat Malaysia termasuk anak-anak kariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Sepertimana dimaklumi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Tabung Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi bagi membantu mangsa bencana terbabit di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada tahun lalu. Inisiatif ini dilaksanakan susulan kejadian gempa bumi di Sulawesi, Indonesia diikuti tsunami yang melanda pantai Talise, Palu dan Donggala mengakibatkan kira-kira 1,203 orang terkorban.
Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menyahut seruan inisiatif ini dengan melancarkan tabung #JAWICAKNASULAWESI di peringkat Wilayah Persekutuan. Usaha ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap musibah yang berlaku dan ia juga adalah kesinambungan daripada usaha kerajaan untuk menonjolkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam (Rahmatan Lil A’lamin).
Pada peringkat awal, inisiatif pengumpulan dana bagi misi bantuan kemanusiaan ini telah dilaksanakan di peringkat Wilayah Persekutuan melalui masjid dan surau di bawah pentadbiran JAWI. Tabung sumbangan telah digerakkan di semua 84 masjid, 110 surau Jumaat dan 524 surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi meringankan beban mangsa bencana alam terlibat.
Bagi Tabung Bencana Alam Fasa Pertama Palu, JAWI telah berjaya mengumpulkan sekitar RM552,000.00, manakala bagi Fasa Kedua, sebanyak RM364,750.35 telah dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai daripada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. Semua hasil sumbangan telah disampaikan dalam pelbagai bentuk dan inisiatif melalui misi bantuan kemanusiaan yang turut disertai oleh JAWI dan beberapa agensi lain di Palu dan Donggala iaitu antara kawasan bencana.
Dana yang terkumpul digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti makanan, minuman dan membaik pulih sistem bekalan air. Sumbangan orang ramai ini juga digunakan untuk membina Perkampungan Ummah Malaysia yang terdiri daripada 55 unit kediaman yang telahpun siap dan diserahkan kepada penghuni pada 6 September yang lalu. Manakala bagi sumbangan bantuan kemanusiaan Palu fasa kedua pula digunakan untuk membantu membina empat masjid yang rosak teruk di kawasan Palu akibat tsunami yang melanda.
JAWI menyeru rakyat Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan untuk sama-sama menyumbang dan mendoakan agar Allah mengembalikan kesejahteraan kepada masyarakat yang ditimpa bencana.
Selain itu, JAWI sentiasa terlibat dari semasa ke semasa dengan sebarang perbincangan berkaitan dan menyertai siri-siri bantuan kemanusiaan yang dianjurkan bagi memastikan sumbangan orang ramai dapat disampaikan terus dan manfaat diperolehi hasil sumbangan ini. Maklumat juga akam disampaikan kepada orang ramai khususnya para penyumbang agar mengetahui dengan lebih jelas ke mana sumbangan mereka disalurkan. Semoga dengan ini akan menambahkan keyakinan dan mendorong lebih ramai orang untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan pada masa hadapan.
Bagi fasa berikutnya, JAWI dengan kerjasama Jakim, YaPIEM, MAIWP dan TV Al Hijrah serta agensi di bawah YB Menteri (Agama) akan mengikhtiarkan sumbangan berjumlah RM 1 juta bagi tujuan pembinaan semula Masjid Baitul Rahman yang musnah teruk akibat bencana ini.
Bagi sesiapa sahaja yang ingin memberikan sumbangan terutamanya di Wilayah Persekutuan ini, bolehlah menyalurkan sumbangan melalui tabung bencana yang disediakan di masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan.

1a1 1a2
1a3 1a4
1a6 1a5
1a8 1a10

Disediakan Oleh: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Foto oleh: Unit Komunikasi Korporat. 

Teks oleh: Unit Komunikasi Korporat. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com