05:38
Imsak
05:48
Subuh
07:03
Syuruk
13:10
Zohor
16:13
Asar
19:13
Maghrib
20:21
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

 
Bubur Lambuk Air Tangan Permaisuri Agong
 
BLRPA1

 

18 Mei 2019 I 13 Ramadan 1440H (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama rakan strategik telah mengadakan Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan Tahun 2019M/1440H Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada hari ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan memasak sendiri resepi istimewa bubur lambuk serta mengagihkannya kepada wakil-wakil masjid dari setiap zon di Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Seri Syed Hussien Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP, YBhg. Datuk Abd Aziz Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru.

 

BLRPA2 BLRPA3
BLRPA4 BLRPA5-1
BLRPA6 BLRPA7
BLRPA8 BLRPA9
BLRPA10 BLRPA11

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com