05:42
Imsak
05:52
Subuh
07:09
Syuruk
13:18
Zohor
16:30
Asar
19:23
Maghrib
20:33
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas
hubungi peta

 

PROGRAM STREET DAKWAH: SANTUNI DAN KEMBALI

dakwah street 005

 

26 JULAI 2019 (Jumaat) –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya (JAWIP) telah menganjurkan Program Street Dakwah berkonsepkan Santuni dan Kembali bertempat di Food Court Presint 8 Putrajaya.  Program bersifat ‘turun lapangan’ ini telah diketuai oleh Tuan Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWIP dan disertai oleh 13 orang pegawai dan kakitangan daripada cawangan-cawangan.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat yang berfokus kepada golongan lelaki menunaikan kewajipan Sembahyang Jumaat  di masjid atau surau yang berdekatan.

Sepanjang program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit berkonsepkan temu seru ini, turut diedarkan flyers untuk mendidik masyarakat mengenai sembahyang jumaat bagi individu yang tidak mempunyai keuzuran yang menghalanginya untuk melaksanakan kefardhuan tersebut.

Dari hasil pemerhatian peserta, didapati  kebanyakan pekerja dan pelanggan yang berada di situ, beredar dari kawasan berkenaan secara berperingkat-peringkat hingga azan berkumandang.

Semoga dengan program  sebegini dapat  memupuk kesedaran masyarakat mengenai Kewajipan Sembahyang Jumaat dalam Kalangan Orang Ramai khususnya kaum lelaki yang tidak mempunyai  keuzuran dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

dakwah street 002 dakwah street 004
dakwah street 001 dakwah street 003
                dakwah street 006  

Disediakan Oleh: JAWI Putrajaya

Foto oleh: Cawangan Pengurusan Dakwah

Teks oleh: Cawangan Pengurusan Dakwah

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com