05:30
Imsak
05:40
Subuh
06:57
Syuruk
13:00
Zohor
16:22
Asar
18:58
Maghrib
20:11
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

10 Julai 2019 / 7 Zulkaedah 1440H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 2/2019 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas ini disertai oleh lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju‘ Orang Islam Wilayah Persekutuan, pegawai serta kakitangan BPPK, wakil Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, JAWI Cawangan Putrajaya dan juga bahagian-bahagian lain di JAWI.

 

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta ini telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Dalam kelas pada kali ini, YAA Dato’ Dr. telah mengupas dan menerangkan tentang seksyen 52, Akta 303 iaitu tentang perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh di samping turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan dengannya. YAA Dato’ Dr. juga telah menjawab pelbagai kemusykilan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

 

Program ini memberi banyak ilmu dan manfaat kepada semua peserta yang hadir melalui kupasan yang mudah difahami dan jelas terhadap segala persoalan yang ditimbulkan berdasarkan hujah-hujah Syarak dan undang-undang yang berkuatkuasa. Program ini wajar diteruskan lagi pada masa hadapan demi meningkatkan lagi kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju‘ di Wilayah Persekutuan.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com