05:39
Imsak
05:49
Subuh
07:10
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1Soalan  Lazim  maklumbalas
Hubungi  Kami
hubungi
Aduan & Maklumbalas 
peta
Peta Laman

 

 

 

17 April 2019 I 11 Syaaban 1440H (Rabu)- JAWI, JAKIM dan MAIWP dengan kerjasama rakan strategik iaitu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Kumpulan Media Karangkraf, Masjid Asy-Syakirin KLCC, Surau Ahmad Dawjee Dadabhoy, TV AlHijrah, Yayasan Restu dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta rakan strategik yang lain telah menganjurkan “World Convention Al-Kahf Sempena Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61” pada 11 Syaaban 1440H bersamaan 17 April 2019M bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Majlis Perasmian Penutupan konvensyen ini disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM.

Semasa majlis perasmian penutupan juga diadakan penggulungan resolusi Al-Kahfi oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI sebelum resolusi diserahkan oleh Ketua Pengarah JAKIM kepada Timbalan Perdana Menteri di penghujung majlis.

Program ini memfokuskan kepada aktiviti tadabbur al-Quran melalui kaedah membaca, memahami dan mengaplikasikan saranan serta ibrah yang terkandung khususnya dalam surah al-Kahfi sebagai solusi dan panduan kehidupan seharian.

Kira-kira 1,600 peserta meluangkan masa menghadiri program tersebut dalam usaha mendekatkan diri dengan al-Quran.

Selain Wacana Al-Kahf, World Convention Al-Kahf turut menganjurkan pelbagai majlis ilmu yang disediakan secara percuma kepada para pencinta al-Quran. Antaranya ialah Quran Moment, Pesan Ulama', Tadabbur Surah Al-Kahfi (Cabaran Spiritual, Ilmu, Harta dan  Penguasa) serta segmen wacana Al-Kahf:Motivasi Diri.

Antara barisan panel yang hadir bagi menyampaikan ibrah serta tadabbur semasa konvensyen ini ialah:

1. Quran Moment

-  Ustaz Khalid bin Isa (JAWI)

 

2. Pesan Ulama': Tadabbur Al-Kahf “Solusi Cabaran Sejagat”

- YBhg. Dr Mohd Farid Ravi Abdullah

 

3. Tadabur Al-Kahf

i. Cabaran Spirutual

- Qari : Ustaz Khalid bin Isa (JAWI)

- Pentadabbur : Tuan Fazrul Bin Ismail (YWUI)

 

ii. Cabaran Harta

- Ustaz Cep Ma'mun (Indonesia)

- Pentadabbur : YBrs. Dr. Anuar Hasin (USIM)

 

iii. Cabaran Ilmu

- Ustaz Hassan Al-Fadli bin Abd. Rahman (JAWI)

- Pentadabbur : YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan Binti Baharuddin

 

iv. Cabaran Penguasa

- Ustaz Hassan Al-Fadli bin Abd. Rahman

- Pentadabbur : YBrs. Dr. Habeeb Rahman Ibramsa (UIA)

 

4. Wacana Al-Kahf

i. Motivasi Diri Wakil Pemuda

- En Ammar Roslizar

Pengasas Agensi Pelancongan ARBA Travel & Tour Sdn. Bhd.

 

ii. Motivasi Diri Wakil Hartawan

- Dato' Hussamuddin Hj. Yaacob

CEO Kumpulan Media Karangkraf

 

iii. Motivasi Diri Wakil Ilmuan

- SS Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Pada masa sama, sepanjang konvensyen ini berlangsung, reruai pameran berkaitan Al-Quran disediakan di ruang legar Dewan Muktamar di samping sudut fotografi yang disediakan bagi memberi peluang orang ramai merakamkan kenangan.

Diharapkan  agar peserta dan tetamu  yang hadir dapat menghayati dan mengambil manfaat sebanyak mungkin melalui ibrah surah Al-Kahfi ini. Konvensyen ini juga diharap dapat menyuntik motivasi diri agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan.

 


Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com