05:31
Imsak
05:41
Subuh
07:01
Syuruk
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:36
Isyak

 

15 APRIL 2019 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah menganjurkan Program Advokasi Undang-undang Kekeluargaan Islam Siri 1/2019 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWPKL.

Objektif program ini menjelaskan tentang peranan, tanggungjawab, hak-hak suami isteri, tips kebahagiaan rumahtangga serta penerangan undang-undang keluarga Islam berkaitan nikah, cerai dan ruju'. Penceramah program ini adalah Tuan Haji Hazman Bin Hashim, PPK, Kluster Pembangunan Dan Etika, INTAN Bukit Kiara dan Tuan Muhammad Hisyam Bin Zakaria, Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Seramai 350 warga JPWPKL telah menghadiri program yang telah disempurnakan Majlis Perasmian Penutupannya oleh Tuan Haji Munir Bin Md Salleh, TPO JAWI.

 

 
 

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com