05:52
Imsak
06:02
Subuh
07:16
Syuruk
13:23
Zohor
16:28
Asar
19:25
Maghrib
20:34
Isyak

 

 
intensif3

4 Mac 2019 | 27 Jamadilakhir 1440H – Kursus Intensif Qari/Qariah serta para huffaz yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pertengahan Mac ini. Kursus Intensif selama tiga (3) ini telah berlangsung bermula 1 Mac 2019 sehingga 3 Mac 2019 disertai oleh seramai 10 orang qari/qariah dan huffaz bertempat di Masjid Al-Ghufran, Taman Pinggiran TTDI. Antara guru-guru pembimbing yang terlibat dalam kursus intensif pada tahun ini ialah YBhg. Ustaz Abdul Rahim bin Ahmad, Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1994 dan YBhg. Ustaz Azhari bin Othman, YBhg. Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim, Pensyarah KUIS, Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani dari Maahad Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang dan Ustaz Muhammad Zaki bin Ab. Rahman dari Darul Quran, JAKIM.

Majlis perasmian Kursus Intensif telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dengan diiringi Ustazah Zaitun binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah dan Ustazah Rabi’atul Adawiyah binti Maskuri, Pegawai Penyelaras Kursus. Semoga dengan berlangsungnya kursus intensif selama 3 (tiga) hari ini dapat lebih memantapkan persiapan para qari/qariah dan huffaz Wilayah Persekutuan menjelang Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan nanti. Insya Allah.

 

intensif intensi8
 intensif4  intensif2
 intensif5 intensif7

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com