05:39
Imsak
05:49
Subuh
07:01
Syuruk
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:36
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta


15 Mac 2011 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan ‘Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1432H/2011M bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.
 
Program tahunan JAWI ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili Wilayah Persekutuan di Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 ini.

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan pembudayaan minat membaca dan menghafaz Al-Quran di samping menyuburkan semangat masyarakat Islam untuk memperbaiki Tahsin Qira’atul Quran.
 
 Pada tahun ini seramai 27 orang peserta terpilih untuk menyertai peringkat akhir yang diadakan selama 2 hari. 11 orang mengambil bahagian dalam kategori 1 hingga 10 juzuk, 7 orang kategori juzuk 1 hingga 20 juzuk dan 5 orang kategori 1 hingga 30 juzuk. Pertandingan ini telah diadili oleh 7 orang hakim.

Sebelum itu, seramai 27 orang peserta telah menyertai peringkat saringan yang diadakan pada 3 Mac 2011 di Tingkat 5,  Kompleks Pusat Islam, JAWI, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajjah Ramlah Binti Yong, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Peserta Johan akan mewakili Wilayah Persekutuan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 4-8 April 2011 di Kuantan Pahang.

Berikut keputusan penuh pertandingan:
Tahap 1 – 10 Juzuk (Lelaki)
Kategori          Nama Hafiz       
Johan             Mohd Rashid Ridha Bin Mohd Shukri        
Naib Johan      Muhd Amir Bin Rosley       
Ketiga            Muhammad Syakir Bin Mohd Rosnan    
 
Tahap 1 – 10 Juzuk (Perempuan)
Kategori          Nama Hafizah       
Johan             Putri Nur Nadia Binti Bakri        
Naib Johan      Tuan Puteri Fadwaddiyanah Binti Tuan Mohd Razif       
Ketiga            Maisarah Binti Long Zor     

Tahap 1 – 20 Juzuk (Lelaki)
Kategori          Nama Hafiz       
Johan             Mohd Fakhri Bin Othman       
Naib Johan      Muhammad Asim Bin Salleh Sani        
Ketiga            Mohd Bazli Bin Zakaria    
 
Tahap 1 – 20 Juzuk  (Perempuan)
Kategori          Nama Hafizah       
Johan             Farihah Binti Zulkifli       
Naib Johan      Siti Aishah Jauhara Binti Surtahman       
Ketiga         
 
Tahap 1 – 30 Juzuk (Lelaki)
Kategori          Nama Hafiz       
Johan             Ahmad Syamil Bin Mohd Esa       
Naib Johan      Mohd Syahid Al-Amin Bin Razali       
Ketiga            Abdul Aziz Bin Mohd Isa     

    
 
    
 
    

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com