05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
N
C
R
Prosedur 03 Pendaftaran Pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dengan kebenaran JAWI
 

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara:

1) Dokumen yang perlu dilampirkan

i. Kad Pengenalan suami dan isteri. [Salinan]
ii. Muka surat hadapan pasport suami dan isteri beserta tarikh keluar masuk kenegara berkenaan untuk tujuan perkahwinan itu. [Salinan]
iii. Surat akuan atau kad Akuan Masuk Islam bagi Saudara Muslim. [Salinan]
iv. Surat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI. [Salinan]
v. Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya. [Asal dan salinan]
vi. Surat makluman perkahwinan dari Kedutaan /Konsulat Malaysia di negara di mana akad nikah dijalankan.
vii. Terjemahan Surat Perakuan Nikah daripada  badan yang diiktiraf bagi Surat Perakuan Nikah selain dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris [Salinan]

viii.

Akta Nikah Model N jika perkahwinan berlaku di Indonesia [Salinan]

ix. 

 

Surat mati suami atau isteri pasangan bagi duda/ balu kematian suami /isteri. [Salinan]

 

x.  Surat Perakuan Cerai bagi duda /janda. [Salinan]
 xi. Surat Kebenaran Berkahwin menggunakan wali hakim jika berkahwin menggunakan wali hakim. [Salinan]
xii. 

 

Sekeping gambar bercetak majlis akad nikah yang jelas menunjukkan pasangan pengantin, wali, saksi-saksi dan jurunikah.

 

2) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta'liq dan pendaftaran.


Cetak   Emel