05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

N
C
R
Prosedur 14 Prosedur Permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar
 

Pemohon hendaklah hadir bersama pasangan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan melengkapkan borang Permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar dan disertakan dokumen berikut  ;
 

  1. Surat Perakuan Nikah (asal) yang dikeluarkan oleh JAWI.

 
       * Bayaran RM28 sepasang.
       * P
akaian hendaklah menutup aurat.

 

 
N
C
R
Prosedur 12 Prosedur Permohonan Rundingcara
 

Permohonan hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mengisi Borang Permohonan Rundingcara (UPPK 1) dan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut :-

  1. Salinan kad pengenalan; dan
     
  2. Salinan Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Ruju'.
     

    * Pemohon dan pasangan akan dipanggil untuk sesi rundingcara dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.
    * Pemohon hendaklah tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.


N
C
R
Prosedur 07 Prosedur untuk mendapatkan Surat Perakuan Perceraian yang hilang atau rosak
 

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan melengkapkan borang permohonan salinan Surat Perakuan Cerai dan disertakan dokumen-dokumen berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  2. Salinan Surat Perakuan Cerai ( jika ada );
  3. Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Cerai hilang dalam simpanan atau rosak ( satu surat akuan sumpah untuk satu Surat Perakuan Cerai ); dan

      * Bayaran RM 10.00 untuk satu Surat Perakuan Cerai.
      * Surat Perakuan Cerai yang baru akan dikeluarkan selepas tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendaftaran.


N
C
R
Prosedur 09 Prosedur untuk mendapatkan Surat Perakuan Ruju' yang hilang atau rosak
 

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan melengkapkan borang permohonan salinan Surat Perakuan Ruju’ dan disertakan dokumen-dokumen berikut :
 

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
     
  2. Salinan Surat Perakuan Ruju’ (jika ada);
     
  3. Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Ruju’ hilang dalam simpanan atau rosak ( satu surat akuan sumpah untuk satu Surat Perakuan Ruju' ).

      * Bayaran RM 10.00 untuk satu sijil.
      * Surat Perakuan Ruju' akan dikeluarkan selepas tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendaftaran.

 

Daftar Perceraian

N
C
R
Prosedur 06 Prosedur Untuk Mendaftarkan Perceraian
 

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) dengan membawa dokumen-dokumen  berikut :
 

  1. Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah
  2. Surat Perakuan Nikah (Asal)
  3. Maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama ( Borang 5 ) daripada Bahagian Penguatkuasaan (bagi perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah )

     * Bayaran RM20.
     * Surat Perakuan Cerai akan dikeluarkan selepas tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendaftaran.