Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENERANGAN PENGISLAMAN BERSAMA NGO ISLAM

465007518 943872007556641 1476587906245251407 n

30 OKTOBER 2024M | 27 RABIULAKHIR 1446H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Penerangan Pengislaman bersama NGO Islam bertempat di Dewan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.
Kursus ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta di kalangan NGO Islam yang sentiasa menjalinkan kerjasama yang baik bersama Cawangan Kebajikan Saudara Baru dalam menjalankan proses pengislaman di premis masing-masing. Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan Perbincangan Perundangan Berkaitan Majlis Pengislaman (Akta 505 dan Kaedah 2013) yang telah disampaikan oleh Puan Nur Alliya Maisarah Orbanus binti Abdullah, Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Sesi kedua bertajuk Cara Menerangkan Agama Islam terhadap Mad’u Mengikut Faktor Pengislaman disampaikan oleh En. Mohd Nazar bin Ibrahim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan) Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Sepanjang dua sesi ini dijalankan, peserta bebas bertanya kepada pembentang berkaitan pencerahan kepada kemusykilan, isu-isu terkini berkaitan proses pengislaman dan penyelarasan borang-borang yang digunakan serta berkongsi pengalaman proses pengislaman yang telah dijalankan pihak NGO.

Sesi ketiga menampilkan penyampaian amanat oleh YBrs. Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru kepada semua wakil NGO Islam. Beliau menegaskan agar pihak NGO memberi perhatian yang maksima kepada dokumentasi ketika proses pengislaman agar tidak berlaku kesilapan yang menyebabkan kesukaran kepada pihak CKSB khususnya jika melibatkan isu-isu perundangan. Beliau juga menyarankan agar pihak NGO Islam untuk sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengislaman serta mewujudkan sistem fail mualaf yang lengkap bagi tujuan rekod disamping sentiasa belajar dengan rakan-rakan NGO Islam yang lain dalam memantapkan pengurusan mualaf di Wilayah Persekutuan khususnya.

Semoga dengan penganjuran kursus dapat menyelaraskan proses pengislaman yang lebih mantap dan mengurangkan isu-isu perundangan yang berkaitan dengan mualaf.

 

 

465053910 943871467556695 1386048589216781840 n 465146950 943871627556679 724015612867444151 n
465014022 943871577556684 5718086326261782810 n 465007518 943872007556641 1476587906245251407 n
465179073 943871550890020 1715378228323260450 n 465038191 943871810889994 6770242611520219983 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar