Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL SUKARELAWAN DAKWAH JAWI (SUDI) 2024

465529980 946664913944017 821942848944563768 n

25 OKTOBER 2024M | 22 RABIULAKHIR 1446H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Bengkel Sukarelawan Dakwah JAWI 2024. Program ini diadakan bertujuan untuk merealisasikan usaha membantu menyemarakkan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan oleh JAWI dalam usaha memperkukuhkan lagi perkhidmatan pengurusan hal ehwal Islam dan penyampaian dakwah yang lebih proaktif dalam era globalisasi ini.

Bengkel ini menggariskan lima slot utama berdasarkan Manual Sukarelawan Islam yang telah dibangunkan oleh JAKIM, iaitu :
1) Slot 1 : Pengenalan & Hala Tuju Sukarelawan Sosial Islam
Oleh : Ustazah Suraiti binti Alias (KPP Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI)

2) Slot 2 : Falsafah, Prinsip Dan Etika Sukarelawan
Oleh : Dr. Suariza @ Hidayah binti Mohamad (PERKIM)

3) Slot 3 : Kemahiran Dalam Aktiviti Kesukarelawanan Dakwah
Oleh : Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz (PERKIM)

4) Slot 4 : Jenis Organisasi & Isu Sukarelawan Dakwah
Oleh : Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz (PERKIM)

5) Slot 5 : Data & Statistik Isu Agama Melibatkan Keselamatan di Malaysia
Oleh : Tn. Supritendan Bakari Bin Bakar (Cawangan Khas, Bukit Aman)

Kesemua slot merangkumi beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam diri seorang sukarelawan dengan keperluan semasa dalam menangani cabaran global masyarakat dan golongan sasar agar agenda dakwah dapat disebarluaskan dengan lebih komprehensif dan konstruktif. Peningkatan kemahiran dan profesionalisme sebagai Sukarelawan Dakwah JAWI perlu ditingkatkan melalui proses pengukuhan dalam menguasai metodologi dakwah masa kini, pengurusan profesionalisme, dan mengasah kemahiran insaniah ( soft skills ) dalam sektor pengurusan hal ehwal Islam.

Para peserta terdiri daripada 31 orang mahasiswa dari Institusi terpilih di Wilayah Persekutuan iaitu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP. Para peserta turut disuntik semangat dengan kehadiran YBrs. Tn. Haji Kamaldin Bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Sukarelawan Dakwah JAWI 2024 .
Semoga penganjuran bengkel ini akan memantapkan kefahaman dan penghayatan dalam merealisasikan budaya al-falah di kalangan sukarelawan.

 

 

465710123 946665860610589 9091395129927931026 n 465456362 946665973943911 6482538217193402781 n
465448244 946665883943920 4473866442315753170 n 465284503 946665983943910 6302242146664517666 n
465580470 946666217277220 4261079878190239759 n 465569632 946666137277228 4168834643411596438 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar