Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) TENAGA PENGAJAR MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024

TOT1

 

13 Oktober 2024M | 10 Rabiul Akhir 1446H (AHAD) – JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Training of Trainers (ToT) Tenaga Pengajar Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2024 bertempat di Kings Green Hotel, Jalan Tun Perak, Melaka. Kursus (ToT) ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 11 hingga 13 Oktober 2024 dengan penglibatan seramai 41 orang peserta yang merupakan Tenaga Pengajar Kompleks Darul Hidayah (KDH) dan Tenaga Pengajar Kelas Pengajian Mualaf di lapan (8) buah masjid di bawah seliaan JAWI.

Kursus ini dimulakan dengan Slot 1 dan 2 dengan pengisian Pedagogi Al-Quran Asas dan Lanjutan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Farah Ilyani binti Zakaria, Pensyarah Cemerlang, Unit Al-Quran dan As-Sunnah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. Seterusnya Slot 3 dan 4 pula berkaitan Kaedah dan Teknik Pengajaran Abad 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Norliza binti Nor Hisham, Pensyarah Akademik, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Bahkan bagi Slot 5 dan 6 Kursus ToT, para peserta didedahkan dengan pembelajaran berkesan menggunakan Artificial Intelligence (Ai) yang menyentuh berkaitan Persembahan atau Slide Pengajaran dan Aplikasi Mail Merge Dalam Pengurusan Bilik Darjah. Kedua-dua slot dibimbing oleh YBrs. En. Abd. Haris bin Johari, Ketua Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi.Objektif utama kursus adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan pedagogi dan cara mengajar yang betul dengan pembinaan set induksi dan menentukan objektif serta matlamat ke arah penilaian dan pentaksiran pelajar mualaf di Wilayah Persekutuan. Selain itu, kursus ini juga meningkatkan tahap produktiviti kerja dan imej kendiri tenaga pengajar, di samping menambahkan ilmu pengetahuan, daya tahan fizikal dan mental yang kuat bagi mendepani para pelajar mualaf yang hadir mengikuti kelas pengajian dengan latar belakang dan tahap pendidikan yang berlainan.

Majlis Perasmian Penutup Kursus Training of Trainers (ToT) Tenaga Pengajar Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah yang mewakili Pengarah JAWI dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi melahirkan tenaga pengajar yang berkaliber yang mampu memacu kejayaan diri para mualaf dalam mendalami ilmu fardhu ain dengan lebih berkesan

 

 

TOT2 TOT3
TOT4 TOT5
TOT6 TOT7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar