Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERKONGSIAN ILMU (BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [AKTA 303]) BERSAMA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) SIRI 2/2024

WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.29 AM

 

7 Oktober 2024M | 4 Rabiulakhir 1446H (Isnin) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan program Perkongsian Ilmu Bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Berkaitan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 2/2024 bertempat di Dewan Besar, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengupas berkaitan nafkah sambungan daripada Seksyen 59 sebelum ini, iaitu Seksyen 60 berkenaan Kuasa Mahkamah Memerintah Nafkah Bagi Seseorang Tertentu dan Seksyen 61 berkenaan Pentaksiran Nafkah.

Program yang dilaksanakan ini telah memberi peluang kepada 90 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, pegawai dan kakitangan JAWI serta ahli kariah masjid untuk mendapatkan ilmu dan pemahaman berkaitan cara bacaan sesuatu seksyen dalam Akta/ Undang-Undang Keluarga Islam yang digunapakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan dan YBhg. Professor Emeritus Dr Azman Haji Awang, Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.56 AM WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.30 AM 1
WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.29 AM 2 WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.29 AM 1
WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.30 AM WhatsApp Image 2024 10 08 at 10.00.30 AM 2 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar