05:38
Imsak
05:48
Subuh
13:00
Zohor
16:21
Asar
18:58
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT ASAS PELANTIKAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.16 PM 1

 

03 Oktober 2024M | 29 Rabiulawal 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan program Taklimat Asas Pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Mesyuarat BPPK, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dan penyampaian amanat yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK JAWI merangkap Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (PNCR(K)) Orang Islam Wilayah Persekutuan, mewakili YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (KPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan.

YBrs. Puan Warda dalam ucapannya telah memberi amanat kepada PPNCR lantikan baharu agar sentiasa melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dalam memastikan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ (NCR) orang Islam di Wilayah Persekutuan diurus dengan baik dan teratur selaras dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Beliau juga menekankan supaya PPNCR sentiasa menjaga akhlak dan etika, tidak menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi serta bersikap profesional dalam urusan berkaitan NCR.

Taklimat pula telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (PNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkaitan pengurusan NCR, bidang tugas PPNCR, etika sebagai juru nikah dan sebagainya.

Turut hadir, YBrs. Ustaz Muhammad Nur Aizad bin Azahari, Ketua Unit PPNCR, Cawangan Nikah, Cerai dan Rujuk, BPPK JAWI. Seramai 16 orang PPNCR lantikan baharu telah hadir dalam program taklimat ini iaitu seramai 13 orang PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 3 orang PPNCR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pihak Jabatan merakamkan ucapan tahniah kepada semua PPNCR yang terlibat atas pelantikan ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas. Semoga keikhlasan dan keperihatinan dalam melaksanakan amanah ini akan beroleh ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

 

 

 

WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.16 PM 2 WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.16 PM
WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.17 PM WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.17 PM 1
WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.17 PM 2  WhatsApp Image 2024 10 04 at 12.02.18 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar