05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN PENANDA ARASAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE KAUNTER BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

lawatan 10

24 Mei 2024 | 15 Zulkaedah 1445H (Jumaat) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi sesi Lawatan Penandaarasan Pengurusan Khidmat Kaunter ke JAWI.

Delegasi JAIS yang diketuai oleh Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah JAIS bersama 14 orang pegawai dan kakitangan JAIS telah melawat kaunter Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) dan kaunter Runding Cara bagi melihat sejauhmana pengurusan khidmat pelanggan dilaksanakan di kaunter BPPK dalam menyediakan perkhidmatan  seperti permohonan kebenaran berkahwin, pengeluaran kad perakuan nikah serta khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

Kehadiran serta kesudian delegasi melawat kaunter BPPK telah disambut baik oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Wilayah Persekutuan. Turut hadir, Puan Nurul Syahmi binti Mohd Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JAWI. 

Semoga lawatan penandaarasan ini mencapai matlamat seperti yang diharapkan dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di negara kita, seterus dapat mengeratkan hubungan yang baik antara kedua-dua Jabatan Agama Islam ini.

lawatan 8 lawatan 6 2
lawatan 4 2 lawatan 3 2
lawatan 2 2 lawatan 11

lawatan 1 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel