05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PENGHAYATAN NILAI ISLAM DALAM PERKHIDMATAN SIRI 1/2023

348851505 956782675451471 5972783250786256356 n

22 MEI 2023M | 2 ZULKAEDAH 1444H (ISNIN) – Program Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 1 /2023 diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kakitangan KEMAS Wilayah Persekutuan telah menyertai program ini. Ceramah bertajuk "Kerja Dan Ibadah Menurut Perspektif Al Quran" telah disampaikan oleh penceramah jemputan adalah Ustaz Haji Abd Halim bin Zakaria, Ketua Imam Masjid Talhah bin Ubaidillah.

Objektif utama program ini ialah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.

Program turut dihadiri oleh Puan Suriani binti Abdullah mewakili Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ustaz Saiful Azhar bin Wahab, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

348972932 943725880083951 5862702610022608446 n 348549141 939547567253028 1197718172588268072 n
348850804 281540657573002 1133705310202665917 n 348851505 956782675451471 5972783250786256356 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel