KURSUS INTENSIF PESERTA TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/2023M

WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.54 AM

25 MEI 2023M | 5 ZULKAEDAH 1444H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Peserta Tilawah dan Hafazan al-Quran Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2023M pada 22 – 25 Mei 2023 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Kursus yang berlangsung selama empat (4) hari tiga (3) malam ini melibatkan seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada Johan dan Naib Johan qari/ qariah dan hafiz/ hafizah kategori 1–10 juzuk, 1–20 juzuk dan 1–30 juzuk. Para peserta akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada tahun ini yang akan berlangsung pada 11 hingga 16 Jun 2023.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran qari/ qariah dan hafiz/ hafizah berkaitan teknik bacaan al-Quran merangkumi tarannum, fasohah, suara, dan lagu serta persembahan. Ia sebagai inisiatif bagi persediaan peserta ke MTHQK.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori Qari/ Qariah dan kategori Hafiz/ Hafizah. Kategori Qari /Qariah melibatkan 12 sesi yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing antaranya YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Syeikh Haji Ismail bin Haji Muhammad (Tajwid), YBrs. Tuan Haji Azhari bin Othman (Fasohah) dan YBrs. Tuan Haji Hasim bin Harun (Taranum, Suara & Persembahan).

Manakala bagi kategori Hafiz/ Hafizah pula melibatkan keseluruhan 12 sesi yang dikendalikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (I'adah/ Ayat Mutasyabihat), YBrs. Ustaz Abdul Khair bin Jalil (Taranum/ Suara) dan YBrs. Ustaz Sazali bin Yaacob (Fasohah/ Tajwid).

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) mewakili Pengarah JAWI.

WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.50 AM WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.50 AM 1
WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.51 AM 1 WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.52 AM
WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.53 AM 2 WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.53 AM 1
WhatsApp Image 2023 05 25 at 11.08.51 AM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan