05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERBINCANGAN PROGRAM DAN PELAKSANAAN PRA BENGKEL IKON MUALAF 2023 DALAM PROSES PERINGKAT AWAL

WhatsApp Image 2023 04 19 at 11.50.57 AM 1

18 APRIL 2023M | 27 RAMADAN 1444H (SELASA) –Pada Hari Selasa, 18 April 2023M bersamaan 27 Ramadhan 1444H, telah diadakan Perbincangan Program dan Pelaksanaan Bengkel Ikon Mualaf Tahun 2023 di Dewan Syura Wawasan, Tingkat 2, JAWI. Dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman. Perbincangan ini dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), pegawai-pegawai CKSB dan turut melibatkan beberapa NGO yang menguruskan mualaf di Wilayah Persekutuan, antaranya seperti Islamic Outreach ABIM, Hidayah Center Foundation, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan beberapa NGO lain.

Program ini bertujuan melahirkan mualaf yang menguasai dan mempunyai penghayatan yang baik dalam ajaran Islam. Inisiatif Ikon Mualaf merupakan kerjasama antara pihak JAWI dengan NGO untuk melatih dan membentuk mualaf yang berkomitmen tinggi dalam akidah dan syariat Islam serta menjadi model atau duta kepada Islam dalam menyampaikan dakwah kepada non muslim. Matlamat akhir adalah melahir dan memberi pengiktirafan kepada mualaf yang cemerlang dalam semua bidang lapangan.

Puan Nur Ain Sumaiyah binti Abdullah daripada Hidayah Centre Foundation selaku Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan yang telah diamanahkan dalam pelaksanaan program ini, telah membentangkan Kertas Konsep dan Milestone Program Ikon Mualaf. Pelbagai cadangan dan respon yang baik telah diterima daripada wakil-wakil NGO yang hadir. Gerak kerja akan disusun melibatkan semua NGO dengan pelaksanaan bengkel pada peringkat awal yang dijangka diadakan pada tahun ini.

Perbincangan berakhir pada jam 11.45 pagi. Semoga dengan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat.

WhatsApp Image 2023 04 19 at 11.50.55 AM WhatsApp Image 2023 04 19 at 11.50.56 AM 2
WhatsApp Image 2023 04 19 at 11.50.57 AM WhatsApp Image 2023 04 19 at 11.50.56 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel