SOLAT SUNAT TASBIH WARGA JAWI

336640301 986111176095909 5945354181547395614 n

14 APRIL 2023M | 23 RAMADAN 1444H (JUMAAT) – Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau Al Muhajirin, Kompleks Pusat Islam telah menganjurkan Solat Sunat Tasbih pada jam 8.30 pagi. Program ini mengambil sempena hari-hari terakhir Ramadan, peluang ini turut direbut oleh warga JAWI yang sama-sama berjemaah untuk mensucikan jiwa dan memohon keampunan Tuhan Yang Maha Esa.

Hadir sama mengikuti Solat Sunat Tasbih berjemaah ialah Tuan Hj Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI yang merangkap sebagai Pengerusi Surau Al-Muhajirin. Solat Sunat Tasbih ini telah diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hatta bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan Dakwah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

336532981 179946558241889 3198066482322327551 n 336557494 1136384014424331 2437947129686350160 n
341133902 920132475786360 2119961265972569596 n 336532504 548440914100320 3272977388119172 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan