MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/ 2023M

WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.36.13 PM 1

09 MAC 2023M | 16 SYAABAN 1444H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Saringan Wilayah Persekutuan 1444H/2023M. Majlis bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis ini berlangsung bermula 6 - 9 Mac 2023. Seramai 22 orang peserta telah mengambil bahagian dalam perujian ini. Para peserta telah diadili oleh empat(4) orang hakim yang terdiri daripada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Sheikh Ismail bin Muhamad, Tn. Hj. Azhari Othman, Tn. Hj. Hasim Harun dan Tn Hj. Mohd Nidzomudin Ahmad. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah mewakili Pengarah JAWI.

Seramai enam (6) orang peserta layak ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 24 Ogos 2023. Majlis menyaksikan En. Muhammad A’idil bin Senin dengan markah (93%) telah mendapat tempat pertama bagi kategori qari. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Dr. Khalid bin Isa, En. Muhammad Hazim Bin Sharum ditempat ketiga.
Bagi kategori qari'ah pula, tempat pertama dimenangi oleh Pn. Rosnani binti Mohmad dengan markah (91%), tempat kedua, Pn. Lailasari binti Sabran dengan markah (89%) manakala Pn. Samsiah binti Ahmad dengan markah (80%).

Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada jemaah hakim dan para pemenang.

WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.41 PM WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.38 PM 1
WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.39 PM WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.42 PM
WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.37 PM 1 WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.40 PM 2
WhatsApp Image 2023 03 10 at 3.28.40 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan