05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:16
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL DATA BANK SOALAN TAHUN 2022

310103847 510454787565034 8919364151371692851 n

2 OKTOBER 2022M | 5 RABIULAWAL 1444H (AHAD) – Telah berlangsung Bengkel Data Bank Soalan Tahun 2022 bertempat di Koptown EDC Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 1 hingga 2 Oktober 2022. Seramai 13 orang peserta terdiri daripada tenaga pengajar mualaf dan pihak pengurusan Kompleks Darul Hidayah (KDH) telah mengikuti bengkel tersebut.

Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta berkaitan kaedah yang sesuai dan efektif dalam membina soalan peperiksaan dan pengumpulan data.
 
Puan Hayatul Hidayah binti Muhamad Yasin dari Sekolah Kebangsaan Menjalara dan Puan Maihanie binti Nazri dari Sekolah Kebangsaan St. Mary telah dijemput untuk mengendalikan bengkel selama dua hari tersebut. Ternyata bengkel ini sangat memberi impak yang positif dan berkesan kepada peserta untuk lebih memahami kaedah yang terbaik dalam membina soalan peperiksaan dan pengumpulan data pada masa akan datang.
 
Penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengajian dan Pentadbiran KDH. Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini dapat menaikkan semangat para peserta terutamanya tenaga pengajar mualaf di KDH untuk lebih proaktif dalam mengurus dan menyelaras bank soalan.
 
310068543 510454837565029 5564445689647719023 n 310184267 510454877565025 1033826946907595454 n
308988287 510454714231708 8459672186299222486 n
306273710 510454594231720 140198182233580492 n

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel