SEMINAR IBU HAMIL SIRI 1 TAHUN 2022

Seminar Ibu Hamil 1

24 September 2022 | 27 Safar 1444H (Sabtu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah mengadakan Seminar Ibu Hamil Siri 1 bertempat di Dewan Besar, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu khususnya berkaitan psikologi wanita sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Dengan sedikit perkongsian ini akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta dapat mempersiapkan diri wanita untuk menghadapi proses kehamilan dan kelahiran dengan lebih baik.

Ceramah bertajuk "Psikologi Wanita : From Pregnancy to Parenthood” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Normaliza binti Mahadi, Kaunselor Perkahwinan dan Keluarga, manakala YBrs. Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Peguam Syarie Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ceramah bertajuk “Hak Wanita dalam Syariat dan Perundangan Islam”.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada peserta terutama dalam membuat persediaan menjadi ibu dan ayah yang bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah seterusnya membentuk generasi cemerlang pada masa akan datang.

Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat telah menyertai dan menjayakan seminar ini.

Seminar Ibu Hamil 2 Seminar Ibu Hamil 3
Seminar Ibu Hamil 6
Seminar Ibu Hamil 9 Seminar Ibu Hamil 5

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan