05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI KONGSI ILMU PENGURUSAN JENAZAH DI MASJID MUADZ BIN JABAL

308392011 503571771586669 2868960768050772457 n

22 SEPTEMBER 2022M | 25 SAFAR 1444H (KHAMIS) – JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) dan Masjid Muadz bin Jabal telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Kursus ini telah berlangsung pada 20 dan 21 September 2022, seramai 100 orang peserta telah menyertai Kursus ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pada hari pertama, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Teori Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Abdul Ghani, daripada Bahagian Pengurusan Masjid. Mana kala sesi kedua, para peserta didedahkan dengan topik Pengurusan Faraidh dan Pusaka yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zainudin bin Wan Yusoff, Penolong Pengarah Kanan, Darul Quran JAKIM. Sesi seterusnya para peserta didedahkan dengan aktiviti berkumpulan praktikal pengurusan jenazah meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian.

Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan dengan praktikal pengurusan jenazah bagi tatacara mandi jenazah sebenar melibatkan dua jenazah tidak berwaris daripada Hospital Kuala Lumpur.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. En Zainuddin Bin Hussin, Ketua Unit, Unit Integriti, Kementerian Pertahanan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Sri Zakaria bin Sulong, Pengerusi Masjid Muadz bin Jabal dan Ustaz Mohd Hatta Abd Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagaian Pengurusan Dakwah.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam mempelajari ilmu fadhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

308046062 503571931586653 6700358099563440207 n 308119491 503602344916945 3344414480076757255 n
 308185604 503571834919996 3622104927448500251 n 308411370 503571861586660 9051101610036282136 n 
308099326 503602398250273 5359840168818117339 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel