05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT (DAKWAH BIL HAL) BERSAMA PENDUDUK FLAT SRI KOTA

308844234 505510111392835 5151800467769175336 n

25 SEPTEMBER 2022M | 30 SAFAR 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Kota, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Dan Silaturrahim Penduduk Setempat (Dakwah Bil Hal). 

Seramai 95 orang peserta dari kalangan penduduk Flat Sri Kota yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk "Jom Baiki Solat Kita." yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang telah disempurnakan oleh Ustazah Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI kepada para peserta yang juga merupakan asnaf di perumahan Flat Sri Kota. Majlis turut di hadiri oleh Puan Norimah binti Mohamad, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Kota.
 
Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah s.w.t. dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban di samping memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

308627833 505508624726317 3080739971955769393 n 309169262 505508954726284 49795485652124355 n
308458239 505508998059613 8811252723489337704 n 308965096 505509358059577 1140939847268143337 n 
308909403 505509334726246 4645913900709313600 n 309051278 505509284726251 71965823628961431 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel