05:42
05:52
01:05
04:27
07:02
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM “MEMBINA KELUARGA BAHAGIA ASAS KESEJAHTERAAN UMMAH”

Diskusi 2 1

13 September 2022 | 16 Safar 1444H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Diskusi Kekeluargaan Islam “Membina Keluarga Bahagia Asas Kesejahteraan Ummah” pada 13 September 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis pada hari ini diadakan selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan seiring dengan Deklarasi Keluarga Malaysia.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan kadar perceraian umat Islam di Wilayah Persekutuan, meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk keluarga yang cemerlang dan harmoni, memberi pendedahan kepada para peserta tentang kewajipan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga bagi melahirkan rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu kekeluargaan Islam dari perspektif perundangan, sosiologi, psikologi dan ekonomi serta solusinya.

Program dimulai dengan sesi ceramah bertajuk “Petua Membina Keluarga Bahagia” yang telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Saedah Abd Ghani, Penceramah Bebas dan juga merupakan mantan Pensyarah di UKM. Seterusnya sesi forum bertajuk “Membina Keluarga Bahagia Asas Kesejahteraan Ummah” telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Izuddin Bin Mashkor Pegawai Psikologi, Kementerian Perpaduan Negara dan YBrs. Dr. Adam bin Drahman, Penolong Pengarah Kanan di BPPK, JAWI. Manakala moderator forum ialah YBrs. Tuan Hj. Zulkifli bin Md. Saad daripada Patuh Syariah Consultancy.

Seramai 70 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menghadiri diskusi ini.

Diskusi 2 22 Diskusi 2 32
Diskusi 2 42 Diskusi 2 52
Diskusi 2 62

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel