05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM “LELAKI QAWWAM LELAKI IDAMAN”

Diskusi 1

30 Ogos 2022 | 2 Safar 1444H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Diskusi Kekeluargaan Islam “Lelaki Qawwam Lelaki Idaman” pada 30 Ogos 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin ke arah mewujudkan keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.

Program dimulai dengan sesi ceramah bertajuk “Lelaki Qawwam Memimpin Keluarga Bahagia” yang telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seterusnya sesi forum bertajuk ‘Lelaki Qawwam Lelaki Idaman” telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Hj. Norazman bin Amat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Jabatan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan YBrs. Tuan Ahmad Fadzli bin Ab Aziz, Pengarah Urusan Soul Power Consultancy & Services. Manakala YBrs. Tuan Hj. Zulkifli bin Md. Saad daripada Patuh Syariah Consultancy selaku moderator forum.

Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI dan turut dihadiri oleh YBrs. Ustazah Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. 

Seramai 150 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menghadiri diskusi ini yang sebahagian besarnya adalah kaum lelaki.

Diskusi 7 Diskusi 2
Diskusi 3 Diskusi 4
Diskusi 5 Diskusi 6
Diskusi 8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel