05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF KEKAL MOMENTUM FOKUS MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-9

300409505 486510389959474 9154771561872054221 n

27 OGOS 2022M | 29 MUHARAM 1444H (SABTU) – KIFA siri 9/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 27 Ogos 2022 bersamaan 29 Muharram 1444 Hijri.

Alhamdulillah, kehadiran seramai 35 peserta mualaf baharu berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Ustaz Syafiq Raffiqin Liow dari NGO MACMA dan Al Fadhil Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid, Pegawai Hal Ehwal Islam

Jabatan Agama Islam Selangor amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap para peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

Majlis penutupan ringkas diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kursus dan sesi bergambar bersama urusetia, fasilotator dan juga para peserta. InsyaaAllah, kepada sahabat mualaf, mari bersama kami pada KIFA Siri 10 akan dilaksanakan pada September 2022 nanti.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

300345398 486510343292812 3021581725610039645 n 300414564 486510309959482 7510491673910692985 n
300418550 486510279959485 34881565402015548 n  302140457 486510606626119 67127805241676748 n 
300500758 486510696626110 4161122353912365350 n 300574609 486510723292774 398001005203419565 n
300639378 486510433292803 6561552684012070976 n 300517500 486510653292781 5270058423157870272 n
300388928 486510236626156 2107472130647658034 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel