PROGRAM WACANA ILMU: SEMARAK MA'AL HIJRAH

WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.41.08 AM 2

25 OGOS 2022M | 27 MUHARAM 1444H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah meneruskan informasi dakwah melalui penganjuran Program Wacana Ilmu : Semarak Ma’al Hijrah, bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Kementerian Kerja Raya (KKR). Program diadakan dengan kerjasama Unit Integriti, Jawatankuasa Surau KKR, Kelab Sukan dan Badan Kebajikan KKR. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti program ini secara bersemuka dan 60 orang peserta secara dalam talian melalui Facebook  Surau Kementerian Kerja Raya. 

Program dimulakan dengan slot Tadabbur al-Quran bertajuk "Ujian Tanda Kasih Sayang Allah" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor bin Mohamad, penceramah bebas. Seterusnya program diteruskan dengan slot Media Baharu bertajuk "Semak Sebelum Sebar" yang disempurnakan oleh Dr. Mohd Izwan bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta program yang berjaya menjawab soalan kuiz sepanjang program ini berlangsung. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semuaa peserta yang terlibat.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

300392181 484541266823053 4490672538084560040 n WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.53.30 AM
WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.53.30 AM 2
300659663 484541436823036 5055113396941781187 n 301496377 484541403489706 5849809179689640412 n
WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.53.30 AM 5 WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.53.30 AM 6
WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.41.08 AM 1 WhatsApp Image 2022 08 26 at 10.59.01 AM