05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS KEMAHIRAN RUNDINGCARA KEKELUARGAAN ISLAM DAN JAWATANKUASA PENDAMAI

RC JKP 1

10 Ogos 2022 | 12 Muharam 1444H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI melalui Unit Rundingcara, Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam (RCPKI) telah mengadakan Kursus Kemahiran Rundingcara Kekeluargaan Islam dan Jawatankuasa Pendamai pada 9 dan 10 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu) bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam, Selangor.

Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 30 peserta yang terdiri daripada pegawai rundingcara, fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) serta wakil daripada Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu En. Shahrom bin Hassan, Kaunselor Berdaftar dan Jurulatih Bertauliah serta En. Mohamad Khairulazam bin Mohd Hamdan, Pegawai Psikologi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Kursus ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan teknik-teknik rundingcara dan khidmat nasihat yang berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan kekeluargaan Islam. Selain itu, kursus ini bertujuan memberikan input kepada para peserta dalam melaksanakan kaedah penyelesaian masalah atau aduan klien dengan lebih strategik dan berkesan.

Semoga dengan penganjuran kursus seperti ini, dapat menambah ilmu bagi mempertingkatkan kualiti sesi khidmat nasihat dan rundingcara yang dikendalikan di Wilayah-wilayah Persekutuan.

RC JKP 3 RC JKP 2
RC JKP 4 RC JKP 5
RC JKP 7 RC JKP 6
RC JKP 9 RC JKP 8 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel