05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

200 PEK SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM PEDULI OUTREACH CHOW KIT KL

299123086 477632410847272 348293181427656764 n

13 Ogos 2022M | 15 Muharam 1444H (Sabtu) – Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan rakan-rakan strategik daripada agensi dan NGO, iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Pertubuhan Kebajikan Al-Riqab Kuala Lumpur dan Pertubuhan Dai Kuala Lumpur telah mengadakan Program Dakwah Bil Hal “Peduli Outreach” di Chow Kit Kuala Lumpur bermula jam 10.30 hingga 12.00 malam bertempat di Lorong Haji Taib 2, Chow Kit, Kuala Lumpur. Semua rakan strategik yang terlibat telah berkumpul di Pusat Pembelajaran Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seawal jam 6.00 petang bagi aktiviti pembungkusan barang sumbangan.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir pada program ini ialah YBhg. Dato’ Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (D) JAKIM, YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan Tuan Mohd Nizam bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta wakil-wakil agensi dan NGO.

Pelaksanaan program kolaborasi strategik di lapangan pula diketuai oleh Pertubuhan Kebajikan A-Riqab Kuala Lumpur. Sebanyak 200 pek sumbangan telah berjaya disampaikan kepada Rakan Jalanan di kawasan tersebut. YB Menteri turut mengunjungi dan meninjau keadaan bilik inapan Rakan Jalanan di kawasan sekitar di samping menyampaikan sumbangan tersebut.

Hasrat YB Menteri bagi pelaksanaan aktiviti khidmat sosial begini dengan kolaborasi semua agensi serta NGO akan diteruskan bagi meringankan tanggungan mereka di samping cuba mencari jalan keluar terhadap permasalahan yang dialami oleh golongan ini.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

298119949 477632460847267 8110094886474069359 n 299119873 477632614180585 5239781835920687948 n
298059785 477632897513890 3211467711363832464 n
298504894 477632804180566 8597337818630684604 n 299319991 477632770847236 1925941534193240824 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel