05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

38 PESERTA MUALAF FOKUS MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-8

297827564 472894714654375 3279813516093591924 n

06 Ogos 2022M | 08 Muharam 1444H (Sabtu) - KIFA Siri 8/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharam 1444Hijri. Alhamdulillah, kehadiran seramai 38 peserta mualaf termasuk para penghuni Kompleks Darul Hidayah berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Tn.Hj.Muhammad Fitri Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaa dan Al Fadhil Ustaz Muhammad Jais Mariappan, Pegawai Dakwah PERKIM Wilayah Persekutuan amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap para peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

Majlis penutupan ringkas diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kursus dan sesi bergambar bersama urusetia, fasilotator dan juga para peserta. InshaaAllah, kepada sahabat mualaf, Mari bersama kami pada KIFA Siri 9 akan dilaksanakan pada 27 Ogos 2022.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

296924489 472768374667009 4241494375112662137 n 296865900 472768408000339 6948787682187733093 n
297145968 472894751321038 2552633657664565124 n 297161929 472768271333686 2198634739306073 n
297150965 472768301333683 7199616442772102457 n 297673943 472768331333680 735976206516674949 n
297347550 472768438000336 3078398557310087561 n 297070393 472769418000238 8354594382602347239 n
297700180 472768538000326 8164577185030974779 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel