05:51
06:01
01:21
04:39
07:28
08:39

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT (DAKWAH BIL HAL) SEMPENA MAAL HIJRAH 1444H

295034410 466250348652145 7532926984023371903 n

26 JULAI 2022M | 26 ZULHIJAH 1443H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Dan Silaturrahim Penduduk Setempat (Dakwah Bil Hal) sempena Ma’al Hijrah 1444H yang akan disambut pada 30 Julai 2022.

Seramai 100 orang peserta dari kalangan penduduk PPR Hiliran Ampang yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan Kuliah Maghrib yang bertajuk “Memaknai Hijrah di Awal Muharram” yang telah disampaikan oleh Ustaz Yahya Mahyuddin bin Utoh Said, Naqib Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Majlis seterusnya adalah ucapan daripada YBrs. Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Murad, Pengerusi Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang dan ucapan oleh Ustazah Siti Aa’isyah binti Abdul Raman, Penolong Pengarah Kanan, mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Sesi seterusnya adalah penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang telah disempurnakan oleh Puan Siti Aa’isyah binti Abdul Raman kepada 50 orang golongan asnaf yang terdiri dari kalangan penduduk PPR Hiliran Ampang.

Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

295872424 466250041985509 5459276329691705567 n 295108887 466250008652179 2534578759222083523 n
295692261 466250181985495 2310820544065269136 n 294845702 466250291985484 1160200975887456574 n
295059123 466250095318837 6578006160504617622 n 295507842 466249981985515 1400630491124897250 n
295512847 466249901985523 7916487137588145611 n 295455071 466250228652157 7042126032147042645 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel