05:51
06:01
01:21
04:39
07:28
08:39

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI SANTUNI GOLONGAN ASNAF WANITA SEKITAR KARIAH MASJID AR RAHIMAH, KAMPUNG PANDAN

293822536 460001372610376 4177954364734335017 n

16 JULAI 2022M | 16 ZULHIJAH 1443H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Menyantuni Wanita bagi tahun 2022.

Majlis dimulakan dengan Kuliah Dhuha bertajuk "Wanita Madrasah Ummah" yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Hashim, KADER Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL). Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Md Shah bin Hasim A.M.N, Pengerusi Masjid Ar Rahimah dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Puan Hajjah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang disempurnakan oleh Puan Hajjah Khatijah binti Abd Rahman mewakili Pengarah JAWI kepada 44 orang asnaf wanita. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi manfaat kepada mereka yang berkaitan.

Pada majlis yang sama juga, pihak pengurusan masjid turut mengadakan penyampaian cenderahati kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021 yang lalu di kalangan anak-anak kariah masjid. Semoga ia dapat menjadi motivasi kepada mereka untuk lebih berjaya di masa akan datang dan inspirasi kepada anak-anak yang lain.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

293139272 460001415943705 4476100892082729732 n 294060134 460001449277035 3075195442385711896 n
294056575 460001602610353 8095569090208974640 n 293696328 460001489277031 4673436562510949750 n
293677277 460001535943693 1676809185807297620 n 293822536 460001372610376 4177954364734335017 n
294108234 460001635943683 2623515230979581322 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel