05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI KONGSI ILMU PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA MASYARAKAT

290381629 449152030361977 5263838135215796184 n

30 JUN 2022M | 30 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan MPP Sub Zon 2 telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Penyerahan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah masjid.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh Puan Hajah Khatijah Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah serta Tuan Hj. Mohd Shah bin Hasim, Pengerusi Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Kursus ini telah diselia oleh Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Antara pengisian program adalah ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah (Adab Menziarahi Jenazah). Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan Tata cara Pengurusan Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Warngi bin Wasim. Sesi seterusnya para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian. Sesi ini juga sempat merungkai beberapa persoalan daripada para peserta.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

291630572 449152140361966 7891977047558744761 n 289685121 449152107028636 7766843009583287072 n
291320655 449152070361973 7767872236326366319 n 290761967 449152210361959 5265177753474974580 n
290436838 449152270361953 4943520186863109538 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel