KONVENSYEN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TANGKIS ANASIR MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM

WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.45 PM 2

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Konvensyen sehari itu bertemakan “Obsesi, Pelampau Agama: Punca Akidah Goyah” dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Konvensyen sehari itu bertemakan “Obsesi, Pelampau Agama: Punca Akidah Goyah” dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.


Konvesyen tersebut menjadi platform untuk memberikan kesedaran, kefahaman, dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah agar dapat menjadi benteng kepada ancaman pelbagai ajaran dan kepercayaan yang menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar. Selain itu, ia juga bertujuan mengenalpasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah, dan pemikiran yang berpotensi menggugat perpaduan dan keharmoniaan ummah lebih-lebih lagi yang tersebar melalui media sosial. Sehingga kini sejumlah 55 ajaran dan fahaman telah difatwakan sebagai sesat serta menyeleweng dari ajaran Islam sebenar di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Antaranya adalah Ajaran Ahmadiah atau Qadiani (2004), Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal (2006), Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau dan Ayah Pin (2007), Syiah (2015), Millah Abraham (2016), Hizbut Tahrir (2018) dan banyak lagi.


Konvensyen melibatkan penyertaan seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau, wakil-wakil agensi persekutuan dan negeri, pelajar-pelajar Universiti Awam dan Swasta, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Antara topik yang dibincangkan adalah ‘Perkembangan Terkini Isu-isu yang Mengancam Akidah Umat Islam di Malaysia’ disampaikan oleh Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) serta ‘Ancaman Ekstremis Agama Terhadap Keharmonian Umat Islam di Malaysia’ oleh Dr. Muhammad Rashidi bin Wahab, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Turut diadakan sesi Bedah Buku bertajuk ‘Tersesat: Kebatilan Gerakan New Age’ disampaikan oleh penulis buku sendiri iaitu Ahmad Iqram bin Mohamad Nor. Forum Hal Ehwal Akidah dianjurkan di penghujung sesi dengan tajuk ‘Menanggapi Kekeliruan Ilmu Eskatologi dan Hadis Fitan’ yang membariskan ahli panel seperti Dr. Mohd Hamidi bin Ismail, Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Dr. Mohd Yusof Ismail, Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM.


Selain memperkukuhkan kefahaman melalui program konvensyen dan seminar isu-isu akidah, JAWI turut melaksanakan aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa berdasarkan peruntukan undang-undang berkaitan dalam Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) bagi mengelakkan umat Islam terjerumus dalam kesesatan dan penyelewengan.

 
WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.44 PM WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.45 PM
WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.46 PM 2 WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.45 PM 1
WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.47 PM

WhatsApp Image 2022 07 01 at 3.25.46 PM