05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE HOSPITAL REHABILITASI CHERAS

289612828 444122060864974 4372772919538495771 n

23 JUN 2022M | 23 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HRC.

Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBrs. Puan Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Faiz bin Sapiee @ Abd Razak, Naqib Masjid Al-Najihin Zon 5 mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBrs. Dr. Raiha Hasni binti Mohd Hanaffi, Ketua Unit Penjagaan Spiritual dan Hal Ehwal Islam HRC. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad 1C Rehabilitasi Kecederaan Spinal, Wad 2B Rehabilitasi Acquired Brain Injury (ABI) dan Wad 2C Rehabilitasi Amputi & Muskuloskeletal HRC.

Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HRC di masa hadapan.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

289607938 444121780865002 5214116681054266019 n 289721837 444121914198322 7471100939779281118 n
289612828 444122060864974 4372772919538495771 n         289630141 444121887531658 7941854885085094226 n
289823916 444121807531666 7506371850860929767 n 289729451 444121954198318 7694374614359757981 n
289403085 444121847531662 1315882071538572973 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel