05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ANGGOTA PERUBATAN HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DISAJIKAN DENGAN ILMU PENGURUSAN IBADAH PESAKIT

286417593 434510255159488 5258804584669177981 n

8 JUN 2022M | 8 ZULKAEDAH 1443H (RABU) - Anggota perubatan HKL telah menyertai Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur dan Surau Balai Islam Pekeliling dari Zon 4. Kursus ini telah berlangsung di Auditorium Dermatologi HKL. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada anggota perubatan untuk mendidik para pesakit tentang cara serta kaedah paling sesuai dalam melaksanakan ibadah bersuci dan solat ketika sakit. Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Shazni bin Abdullah dari Pusat Islam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Pengurusan dan Kaedah Bersuci bagi Pesakit”.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI. Turut hadir, wakil dari HKL YBrs. Dr. Fairoz Azlim bin Muslim, Timbalan Pengarah (Pembedahan) merangkap Pengerusi Hospital Mesra Ibadah mewakili YBhg. Datin Paduka Pengarah HKL.

Semoga kerjasama di antara JAWI, masjid/ surau dan hospital dapat diperkukuhkan dimasa akan datang bagi memastikan masyarakat sentiasa didedahkan dengan ilmu yang up to date.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

286457103 434510431826137 1787672113030446920 n 286915246 434510398492807 2731168076479399575 n
287063407 434510291826151 3124333830856182237 n 286907813 434510461826134 2130948953761171673 n   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel