05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘KIFA IN ENGLISH’ BERJAYA DILAKSANAKAN UNTUK MUALAF FOKUS KEPADA PENGISIAN ASAS FARDU AIN (KIFA)SIRI-4

286872548 437529631524217 7040219157677463794 n

11 JUN 2022M | 11 ZULKAEDAH 1443H (SABTU) - KIFA Siri 4/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 Jun 2022 bersamaan 11 Zulkaedah1443 Hijri. Kali ini kursus dilaksanakan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Peluang ini diberikan kepada mualaf yang amat berminat mendalami ilmu asas fardu ain di dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah bermula seawal jam 7.30 pagi kehadiran peserta telah bermula dan sesi pendaftaran berjaya mengumpulkan seramai 38 peserta bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah Sentul Kuala Lumpur berjalan dengan tersusun dan untuk sesi taklimat awal telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Nur Hafiz bin Ahmad Tajuddin(MySTEP)

Bermula pada jam 9.00 pagi, ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Welcome Back To Fitrah" (Innate Instinct of Humankind); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian oleh Ustaz Syef Abdul Kadir bin Syed Ali Eksekutif dari Hidayah Centre Foundation. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 4/2022 berhenti rehat seketika tepat jam 10.50 pagi bagi sesi bergambar bersama penceramah seterusnya memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta.

Pada jam 11.00 pagi pula, Slot kedua dimulakan oleh Ustaz Ahmad Syafiq bin Muhammad Apandi, Pegawai Konsultan Dakwah Hidayah Centre Foundation Kuala Lumpur membentangkan tajuk : "Purification And Prayer" menggunakan paparan slaid berkaitan bersuci dan solat. Peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan dan bertanyakan kemuskilan.

Seterusnya, pada jam 1.15 tengah hari, para peserta diberikan masa sehingga 2.00 petang untuk makan tengah hari sebelum Slot ketiga iaitu sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 fasilitator jemputan dari Islamic Outrreach ABIM Masjid Negara. Slot praktikal dijalankan di Surau Al-Hidayah, Kompleks Darul Hidayah sehingga jam 5.00 petang. Menyusul kemudian, satu majlis ringkas dijalankan dimana para peserta diberikan sijil penyertaan dan minuman petang.

Alhamdulillah, diharapkan kursus ini dapat menambah kefahaman dan minat mualaf untuk terus mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 4/2022 ini ditangguhkan tepat jam 5.00 petang. Kita bersua pada KIFA In English siri akan datang di jangka pada bulan Ogos dan Oktober.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

286225240 437529278190919 331156219174689033 n 286280815 437529454857568 5125196887712902187 n
287265476 437529408190906 7920459743452124533 n 286659598 437529571524223 5016830156450295476 n
286199469 437529308190916 2540784107284255553 n  287155045 437529371524243 7473952017713916863 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel