05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM 'MASIH ADA YANG SAYANG' BERSAMA PUSPEN SUNGAI BESI

288794793 439604734650040 4194840860753334885 n

16 JUN 2022M | 16 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - Telah berlangsung Program “Masih Ada Yang Sayang” Tahun 2022 bertempat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) JAWI dengan kerjasama Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling dan Madrasah Nurul Yakin PUSPEN. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni para pelatih di rumah perlindungan ini dengan memberikan pengisian berbentuk kerohanian dan motivasi di samping ilmu fardhu kifayah khususnya berkaitan pengurusan jenazah.

Program ini telah berlangsung dengan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Imam Muda Ammar dan ceramah teori pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Fatah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sesi praktikal pengurusan jenazah pula telah dibimbing oleh pegawai dan kakitangan daripada JAWI.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

288443238 439604577983389 3371777677802880144 n 288798160 439604544650059 8563448192255642820 n
288673980 439604654650048 9078423679503404084 n 288629807 439604617983385 7238305221548525632 n
          
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel