05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TEMUDUGA FASILITATOR PKKSK, AKUAJA DAN PUSAT KHIDMAT NASIHAT KEKELUARGAAN 2022

PKKSK 20221

12 Januari 2022 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan satu sesi temuduga Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) dan Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan.

Temuduga yang diadakan pada kali ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam (UPKI), BPPK JAWI. Seramai lapan orang peserta yang hadir untuk sesi temuduga pada kali ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Antara panel temuduga ialah Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, Ustazah Warda bin Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Ketua Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam dan Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penyelaras UPKI.

Fasilitator yang bakal dilantik nanti akan ditempatkan di empat lokasi PKKSK, satu di Akuaja dan tiga lokasi Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan yang akan dibuka di Masjid Pusat Zon di Wilayah Persekutuan. Mereka yang dilantik ini adalah pemudah cara kepada masyarakat untuk membantu dalam menguruskan masalah yang berkaitan isu kekeluargaan, sosial dan komuniti masyarakat setempat. Diharapkan dengan adanya pusat-pusat yang JAWI tawarkan ini kepada masyarakat dapat bantu meringankan masalah yang dihadapi.

PKKSK 20222
PKKSK 20223 PKKSK 20224
PKKSK 20225 PKKSK 20226
PKKSK 20227 PKKSK 20228
PKKSK 20229 PKKSK 202210

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel