LAWATAN KERJA JHEAIPP KE BPPK JAWI KUALA LUMPUR

lawatan 1

23 November 2021 (Selasa) – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI Kuala Lumpur. Delegasi ini yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ayub bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam bersama-bersama 10 orang pegawai kanan JHAEIPP.

Majlis telah dimulakan dengan sesi taklimat oleh YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI Kuala Lumpur mengenai maklumat berkaitan pengurusan nikah, cerai dan ruju’, khidmat nasihat kekeluargaan Islam serta kursus praperkahwinan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk bertukar-tukar pengalaman dan pandangan antara kedua-dua agensi mengenai berkaitan penambahbaikan pengurusan nikah, cerai dan ruju’, rundingcara kekeluargaan Islam dan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

lawatan 2 lawatan 3
lawatan 4 lawatan 1
lawatan 5 lawatan 6

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan