KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJU’ WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 3/2021

Tafaqquh 3 1

14 Oktober 2021 | 7 Rabiulawal 1443H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Wilayah Persekutuan Siri 3/2021 bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program ini pengajian ini membincangkan tajuk "Penceraian dan Iddah serta Hak-Hak yang Berkaitan Dengannya dari Segi Syarak" yang disampaikan oleh Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Program kali ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar berkaitan isu-isu penceraian. Perasmian penutup program disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Beliau menekankan peranan dan tanggungjawab PPNCR sebagai pemudahcara pelanggan-pelanggan JAWI tanpa mengabai setiap peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Hampir 50 peserta di kalangan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadiri program ini. Manakala Pendaftar dan Penolong Pendaftar Labuan mengikutinya melalui aplikasi Google Meet.

Tafaqquh 3 2 Tafaqquh 3 3
Tafaqquh 3 4 Tafaqquh 3 5
Tafaqquh 3 6 Tafaqquh 3 7

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel