05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERLUASAN KEBENARAN MAJLIS AKAD NIKAH DI MASJID-MASJID TERPILIH DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1

Nikah 2 1

Alhamdulillah, bermula 1 Ogos 2021, kebenaran majlis akad nikah telah diperluaskan di masjid-masjid yang terpilih di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sebanyak 63 pasangan pengantin telah melangsungkan majlis akad nikah di masjid-masjid berkenaan dari 1 hingga 15 Ogos 2021.

Walau bagaimanapun, para pengantin masih terikat dengan SOP yang ketat bagi menjamin kemaslahatan semua pihak yang terlibat, antaranya:

(a) hanya dibenarkan kepada pasangan pengantin yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI;

(b) kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid yang terpilih terhad kepada 3 orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Jurunikah dan 2 orang saksi adalah dari pihak masjid yang berkenaan; dan

(c) semua yang dibenarkan hadir diwajibkan untuk menjalani 'swab test' dan perlu mematuhi semua SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.

Senarai masjid utama dan masjid kariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dibenarkan pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PPN Fasa 1 bermula 1 Ogos 2021 adalah seperti berikut:

1. Masjid Negara, Kuala Lumpur

2. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

3. Masjid al-Imam al-Ghazali (Zon 1), Kuala Lumpur

4. Masjid Salahuddin al-Ayubi (Zon 2), Kuala Lumpur

5. Masjid al-Imam ash-Shafie (Zon 3), Kuala Lumpur

6. Masjid Usamah bin Zaid (Zon 4), Kuala Lumpur

7. Masjid al-Muqarabbin (Zon 5), Kuala Lumpur

8. Masjid al-Rahman (Zon 6), Kuala Lumpur

9. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

10. Masjid Putra, Putrajaya

11. Masjid Mahmoodiah, Putrajaya

12. Masjid An-Nur, Labuan

Nikah 2 2 Nikah 2 3
Nikah 2 4 Nikah 2 5
Nikah 2 6 Nikah 2 7
Nikah 2 8 Nikah 2 9
Nikah 2 10

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel