05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS AKAD NIKAH DI JAWI DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1

Nikah 1 1

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 30 Julai 2021 bersamaan 20 Zulhijjjah 1442H, sebanyak 16 pasangan pengantin lagi telah melangsungkan majlis akad nikah di JAWI bertempat di Aras 3, Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga. Sepanjang minggu ini, jumlah pengantin yang melangsungkan akad nikah di JAWI Kuala Lumpur ialah sebanyak 73 pasangan manakala jumlah yang melangsungkan akad nikah sejak pelaksanaan PKP 3.0 bermula 7 Mei 2021 sehingga hari ini ialah sebanyak 794 pasangan pengantin.

Dalam keadaan pandemik yang masih berpanjangan ini, majlis akad nikah masih diteruskan di JAWI demi menjaga kemaslahatan pengantin, tetapi ia dilaksanakan mengikut SOP yang ketat. Antaranya, hanya 3 orang sahaja dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali, mereka semua diwajibkan untuk menjalani 'swab test' dan perlu mematuhi semua SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.

JAWI mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang terlibat, selamat melayari bahtera rumah tangga dalam norma baharu yang sangat mencabar ini. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga, insya-Allah.

Nikah 1 2 Nikah 1 3
Nikah 1 4 Nikah 1 6

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel